Bncangkan konsep kebebasan beragama di Malaysia
Perkara 11.Kebebasan beragama.
(1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada Fasal (4),mengembangkannya.
(2)Tiada seorang pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai yang hasilnya diuntukkan khas kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud sesuatu agama selain agamanya sendiri.
(3)Tiap-tiap kumpulan agama berhak:-
*Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri.
*Menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau khairat dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya mengikut ajaran agama masing-masing.
(4)Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,Labuan dan Putrajaya,undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengambangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.
(5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbutan yang berlawanan dengan ketenteraman awam,atau prinsip moral.
Kesimpulan
Jelaslah bahawa kebebasan beragama tercatat dalam perlembagaan persekutuan,tidak ada sekatan atau sebarang halangan untuk melaksanakan sebarang jenis upacara keagamaan di Malaysia.Malah pembinaan kuil atau tempat beribadat adalah dibenarkan .Jadi rakyat Malaysia yang berbilang agama terlindung di bawah perlembagaan yang mulia ini.Diharapkan setiap rakyat memahami perlembangaan ini demi kesehjateraan negara.
Tuesday, 23 September 2014
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBATALKAN KEWARGANEGARAAN
b) Kerajaan negara tersebut melucutkan kewarganegaraan individu tersebut atas sebab-sebab yang berikut:
(i) Seseorang individu telah menjadi warganegara asing.
(ii) Seseorang warganegara membuktikan dia tidak setia melalui percakapan tindakannya.
(iii) Seseorang warganegara itu telah menderhaka terhadap kerajaan semasa perperangan dengan berniaga atau berhubung serta menjalankan urusan dengan musuh negara.
(iv) Seseorang warganegara yang memperoleh kewarganegaraan secara pendaftaran telah dihukum penjara tidak lebih daripada 12 bulan atau didenda tidak kurang daripada RM5.000 tanpa pengampunan bagi kesalahannya.
(v) Seseorang warganegara yang bermastautin di negara asing melebihi 5 tahun secara berterusan tanpa mendaftar diri di Pejabat Konsul Persekutuan.
Mana-mana kewarganegaraan yang ingin menolak kewarganegaraan persekutuannya mestilah memenuhi syarat-syarat yang berikut :
a) Berumur 21 tahun dan ke atas.
b) Sempurna akalnya.
c) Dia warganegara lain atau hendak menjadi warganegara lain.
- Berikut ialah akta yang di keluarkan bagi perkara 23:
- PERKARA 23(1) :Akta 10/1960, perenggan dua (a) berkuatkuasa dari 1-12-1960, menggantikan perkataan "pihak berkuasa pendaftaran" dengan "Kerajaan Persekutuan" dan akta 14/1962, seksyen 8, berkuasa dari 31-8-1957, masukan "atau yang hampir menjadi seorang warganegara negeri lain" selepas :yang lain yang juga ialah warganegara negeri lain".
- PERKARA 23(2) : Akta 10/1960, perenggan dua (c) berkuatkuasa dari 1-12-1960, memotong tetapi kecuali sebagaimana yang di sebut terlebih dahulu pihak berkuasa pendaftaran hendaklah mendaftarkan apa-apa akuan yang di buat dengan sewajarnya dibawahnya,yang terdapat dihujung fasal.
Perlucutan kewarganegaraan dibawah akta 24 Perlembagaan Persekutuan:
- PERKARA 24(1), Kerajaan Persekutuan boleh, dengan perintah, melucutkan kewarganegaraan seseorang warganegara jika berpuas hati bahawa orang itu telah memperoleh kewarganegaraan mana-mana negara asing dengan cara pendaftaran, kemasukan, atau perbuatan lain yang sengaja menurut peraturan.
- PERKARA 24(2), Kerajaan Persekutuan boleh, dengan perintah, melucutkan kewarganegaraan seseorang jika berpuas hati bahawa orang itu telah menuntut dan menggunakan apa-apa hak kewarganegaraan negara asing dengan sengaja.
- PERKARA 24(4), Kerajaan Persekutuan boleh, dengan perintah, melucutkan kewarganegaraan dengan cara pendaftaran jika berpuas hati bahawa perempuan itu telah memperoleh kewarganegaraan mana-mana negara asing atas sebab perkahwinan dengan seorang bukan warganegara.
Pelucutan kewarganegaraan di bawah Perkara 25 Perlembagaan Persekutuan:
PERKARA 25(1), Kerajaan Persekutuan boleh, dengan perintah, melucutkan kewarganegaraan seseorang yang menjadi warganegaraan dengan cara pendaftaran atau kemasukan jika berpuas hati bahawa :
a) orang itu tidak setia atau tidak suka akan Persekutuan melalui Percakapan atau perbuatannya.
b) orang itu, semasa peperangan yang melibatkan Persekutuan, telah berniaga atau membuat hubungan dengan musuh secara menyalahi undang-undang atau menyertai urusan yang boleh menolong musuh dalam peperangan itu
c) orang itu, dalam tempoh lima tahun bermula dari pendaftaran atau dari tarikh perakuan diberikan, telah melakukan keslahan di mana-mana negara dan daripada RM5 000 atau senilai dengan mata wang negara itu, dan orang tidak diampuni bagi kesalahan itu.
PERKARA 25(1A), Kerajaan Persekutuan boleh, dengan perintah, melucutkan kewarganegaraan seseorang yang menjadi warganegara seseorang yang telah menjadi warganegara dengan cara pendaftaran atau kemasukan jika berpuas hati bahawa orang itu, dengan tidak mendapat kebenaran Kerajaaan Persekutuan, telah menerima apa-apa jawatan atau pekerjaan atau lebih berkhidmat atau menjalankan kewajiban dalam apa-apa jawatan atau pekerjaan dibawah kerajaan mana-mana agensi kerajaan asing itu jika suatu sumpah, ikrar, atau akuan taat setia dikehendaki tentang jawatan atau pekerjaan itu.
PERKARA 25(2) Kerajaan Persekutuan boleh, dengan perintah, melucutkan kewarganegaraan seseorang yang menjadi warganegara dengan cara pendaftaran atau kemasukan jika berpuas hati bahawa orang itu biasanya bermastautin negara asing selama lima tahun berturut-turut dan dalam tempoh itu orang itu:
a) tidak pernah pada bila-bila masa berada dalam Perkhidmatan Persekutuan atau dalam perkhidmatan sesebuah pertubuhan antarabangsa yang diantara oleh Kerajaan Persekutuan.
b)tidak mendaftar niatnya hendak mengekalkan kewarganegaraan di Pejabat Konsul Persekutuan setiap tahun
Pelucutan kewarganegaraan di bawah perkara 26 perlembagaan persekutuan:
PERKARA 26(1), kerajaan Persekutuan boleh, dengan perintah, melucutakan kewarganegaraan seseorang yang menjdi warganegaraan dengan cara pendaftaran atau kemasukan juka berpuas hati bahawa pendaftaram atau perakuan itu:
a) telah didapati dengan jalan tipuan, pernyataan palsu, atau dengan menyembunyikan sesuatu kenyataan
b) telah dibuat atau diberikan dengan silap
PERKARA 26(2), Kerajaan Persekutuan boleh,dengan perintah, melucutkan kewarganegaraan perempuan yang menjadi warganegara dengan cara pendaftaran atau kemasukan jika berpuas hati bahawa perkahwinan yang menyebabkan perempuan itu boleh didaftarkan sebagai warganegara telah dibubarkan atas apa-apa sebab, dalam tempoh dua tahun bermula di tarikh perkahwinan itu.
1. Akta 14/1962, Jadual seksyen 3, berkuatkuasa dari 1-10-1962, memotong fasal (13) meminda fasal(1) dan (2) dengan memotong perkataan "Tertaluk kepada Fasal (3) yang tersapat dipermudahkan Fasal itu, dan mengikut subseksyen 27(3) pula membuat peruntukan yang berikut:
"(3) Jika dalam satu bulan selepas permulaan kuatkuasa seksyen ini ,Menteri menjalankan kuasa perwakilan yang diberikan oleh seksyen 4 Jadual Kedua tersebut sebagaimana yang dipinda oleh seksyen ini, mana-mana perintah di bawah Perkara 36 Perlembagaan yang dibuat sebelum perjalanan kuasa itu (sama ada dibuat sebelum atau selepas lulusnya Akta Perlembagaan (Pindaan 1960) sama sahnya seolah-olah seksyen 4 tersebut telah berkuatkuasa seksyen ini, dan seolah-olah perjalanan kuasa perwakilan tersebut telahpun berkuatkuasa selepas permulaan kuatkuasa seksyen ini, dan seolah-olah perjalanan kuasa perwakilan telahpun berkuastkuasa pada masa itu."
2. Akta 19/1964, seksyen 3, berkuatkuasa dari 30-7-1964, memansuhkan Fasal (4). Fasal (4) dan (3) yang di mansukan itu berbunyi seperti yang berikut:
"(3) Tiada seorang pun boleh dilucutkan kewarganegaraan di bawah Perkara ini melainkan jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa tidak berfaedah kepada kebaikan awam untuk itu terus menjadi warganegara, dan tiada seorang pun boleh dilucutkan kewarganegaraan di bawah perenggan Fasal (1) melainkan jika notis yang dikehendaki oleh Perkara 27 diberikan dalam masa dua belas bulan bermula denga tarikh pendaftaran atau pemberian perakuan mengikut mana-mana yang berkenaan."
"(4) Kecuali sebagaimana yang diperuntukan oleh Perkara ini, pendaftaran seseorang sebagai warganegara atau pemberian perakuan naturalisasi kepada mana-mana orang tidaklah boleh dipersoalkan atas alasan kesilapan."
Kesan Darurat
1. Kesan Politik
(a) Kerajaan British telah membuat keputusan untuk mempercepatkan pemberian kemerdekaan kepada Tanah Melayu kerana kerajaan mendapati rakyat Tanah Melayu semakin menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran British. Selain itu, kerajaan juga ingin mendapat sokongan rakyat supaya tidak memihak kepada komunis. Perikatan UMNO-MCA di bawah pimpinan Tunku Abd. Rahman memainkan peranan yang penting dalam proses mencapai kemerdekaan. Hasil rundingan di London, Tanah Melayu diberi kemerdekaan pada tahun 1957.
(b) Pengisytiharan darurat menyebabkan aktiviti politik di Tanah Melayu tergendala terutamanya dari parti politik berhaluan kiri. Parti-parti politik berhaluan kiri yang dilihat bersimpati dengan PKM telah diharamkan oleh kerajaan seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan MDU. Manakala pemimipin-pemimpinnya pula ditangkap dan dipenjarakan seperti Ahmad Boestaman dan Ishak Hj. Muhammad. Terdapat juga parti-parti politik yang bersifat sederhana terpaksa dibubarkan akibat tekanan daripada kerajaan British. Contohnya, sebilangan besar pemimpin Hizbul Muslimin yang berpusat di Gunung Semanggol ditangkap oleh kerajaan British dengan menggunakan peruntukkan di bawah Undang-undang Darurat, 1948. Namum, kerajaan British masih lagi membenarkan parti politik berhaluan sederhana seperti UMNO, MCA dan MIC meneruskan kegiatan mereka.
(c) Pada tahun 1949, pemimpin-pemimpin orang Cina dalam Majlis Perundangan Persekutuan terutamanya Datuk Tan Cheng Lock telah memainkan peranan penting dalam penubuhkan Malayan Chinese Association (MCA) pada tahun 1949. Tujuan penubuhan MCA adalah untuk membuktikan bahawa bukan semua orang Cina menyokong PKM. Penubuhan MCA ini telah dapat mengubah sikap orang Cina terhadap ideologi komunisme dan mereka telah menyokong kerajaan serta banyak membantu kerajaan dari segi memberi pertolongan kepada setinggan-setinggan yang dipindahkan ke kampung-kampung baru.
(d) Kerajaan British juga telah mengambil beberapa langkah iaitu mengadakan Pilihan Raya Perbandaran George Town di Pulau Pinang (1951), Pilihan Raya Perbandaran Kuala Lumpur (1952) dan pilihan raya Persekutuan (1955). Dalam pilihan raya Persekutuan, perikatan UMNO-MCA-MIC membentuk kerajaan apabila memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Kemenangan tersebut mengambarkan rakyat Tanah Melayu telah bersedia untuk merdeka. Kerajaan British telah memulakan rundingan kemerdekaan dan akhirnya Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
(e) Sistem Ahli juga telah diperkenalkan pada tahun 1951-1952 oleh British sebagai langkah kearah berkerajaan sendiri. Ahli-ahli dipilih daripada pelbagai kaum bertujuan untuk mewujudkan kerjasama daripada pelbagai kaum. Melalui Sistem Ahli mereka diberi tanggungjawab dalam jabatan pentadbiran sebagai persediaan untuk berkerajaan sendiri.
(f) Darurat juga telah menyebabkan Persekutuan Tanah Melayu terpaksa menandatangani satu perjanjian pertahanan dengan kerajaan Inggeris selepas merdeka. Perjanjian pertahanan ini perlu kerana Persekutuan Tanah Melayu tidak mempunyai kekuatan tentera yang cukup untuk menentang komunis. Perjanjian pertahanan ini telah menyebabkan wujudnya kecaman dan kritikan bahawa Persekutuan Tanah Melayu tidak merdeka sepenuhnya kerana masih bergantung kepada kerajaan Inggeris walaupun telah merdeka.
2. Kesan Ekonomi
(a) Kerajaan juga terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk untuk membendung komunis. Kerajaan membelanjakan sebanyak $250 000 hingga $300 000 setiap hari bagi tujuan keselamatan untuk menghapuskan komunis. Sepanjang tempoh pengisytiharan darurat kerajaan membelanjakan sebanyak $136.2 juta untuk pertahanan dan sebanyak $721.9 juta untuk memperlengkapkan pasukan keselamatan. Jumlah ini belum diambil kira peruntukkan kerajaan untuk membangunkan kampung-kampung baru di bawah Rancangan Briggs. Perbelanjaan yang besar ini telah menimbulkan beban kewangan kepada kerajaan iaitu sehingga tahun 1953, Tanah Melayu mengalami defisit belanjawan sebanyak $1.46 juta. Kedudukan kewangan yang terbatas ini telah menyukarkan kerajaan untuk membangunkan semula ekonomi Tanah Melayu.
(b) Pengganas komunis telah bertindak merosakkan landasan kereta api, jalan raya, lombong bijih timah, menyerang kenderaan awam dan menetak beribu-ribu batang pokok getah. Sabotaj yang dilakukan oleh komunis ini bertujuan untuk melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu. Akibat tindakan komunis ini, kerajaan telah mengisytiharkan darurat dengan mengadakan sekatan jalan raya dan perintah berkurung yang sering kali menganggu kelicinan urusan perdagangan Tanah Melayu. Keadaan politik Tanah Melayu yang bergolak ini menyebabkan pelabur-pelabur tidak berani melabur modal di Tanah Melayu.
(c) Usaha-usaha membanteras darurat yang dijalankan oleh kerajaan British telah meninggalkan kesan yang teruk terhadap ekonomi Tanah Melayu. Rakyat hidup tertekan kerana tidak dapat menjalankan kegiatan ekonomi yang disebabkan undang-undang darurat. Rakyat menderita dan sengsara akibat keganasan komunis sepanjang darurat. Ladang, lombong dan balai polis menjadi sasaran serangan komunis, disamping terdapatnya serangan ke atas pegawai keselamatan dan orang awam. Kerajaan pula terpaksa menumpukan usaha membanteras pengganas komunis, keadaan ini menyebabkan pengeluaran hasil bumi dan eksport Tanah Melayu terjejas.
(d) Di bawah Rancangan Briggs, kerajaan telah memindahkan penduduk-penduduk Cina yang tinggal di kawasan luar bandar dan pinggir hutan ke kampung-kampung baru. Kampung baru ini dilengkapi dengan semua kemudahan, dipagari dan dikawal rapi. Dianggarkan seramai satu hingga dua juta orang dipindahkan di bawah Rancangan Briggs. Kerajaan juga telah membelanjakan sebanyak $7 juta pada tahun 1950 dan meningkat kepada $155 juta pada tahun 1954. Peruntukan ini telah menjadi beban kepada kerajaan kerana ekonomi Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua berada di dalam keadaan muflis.
(e) Kerajaan telah menubuhkan Rural Industri Development Authority (RIDA) pada tahun 1950 yang bertujuan memajukan ekonomi dan pendidikan masyarakat luar bandar khususnya orang Melayu dan sebagai memenuhi tuntutan mengimbangi penubuhan kampung baru untuk orang Cina.
3. Kesan Sosial
(a) Kempen memerangi komunis dijalankan selama 12 tahun (1948-1960) yang menyaksikan rakyat hidup menderita keganasan komunis. Pelaksanaan undang-undang darurat seperti perintah berkurung amat menyusahkan hidup rakyat kerana tidak dapat menjalankan pekerjaan dan aktiviti harian mereka. Bekalan beras berkurangan kerana semakin banyak sawah ditinggalkan oleh petani tanpa diusahakan. Begitu juga dengan padi huma dan kerja-kerja ladang yang lain seperti jagung, ubi dan pisang turut tidak dikerjakan bagi menambah bahan makanan. Kekurangan makanan ini telah menyebabkan kerajaan bertindak mencatukan makanan dan catuan yang dikenakan ini menyebabkan rakyat terpaksa bergantung kepada ubi kayu dan keledek sama seperti dialami semasa zaman Jepun. Walaupun catuan makanan ini berjaya menyekat bekalan makanan daripada sampai kepada komunis, namum rakyat hidup menderita akibat kekurangan makanan.
(b) Melalui undang-undang darurat, kerajaan boleh menahan sesiapa sahaja yang dianggap mengancam keselamatan negara atau disyaki bersubahat dengan komunis tanpa perlu dibicara di mahkamah. Orang ramai tidak dibenarkan berkumpul melebihi 5 orang di tempat terbuka tanpa mendapat kebenaran polis. Sesiapa yang membawa atau menyimpan senjata api tanpa permit boleh dihukum bunuh. Ramai penduduk terutama orang Cina ditangkap dan dipenjarakan, sebahagian daripada mereka dihantar pulang ke negara China.
(c) Masalah perkauman antara orang Melayu dan orang Cina menjadi semakin serius. Orang Melayu menganggap semua orang Cina adalah komunis dan orang Melayu telah menyertai pasukan keselamatan untuk membanteras komunis. Oleh itu, tindakan memerangi komunis semasa darurat seolah-olah dilihat sebagai peperangan antara orang Melayu dengan orang Cina. Masalah perkauman yang tercetus ini telah memberi kesan penting ke atas kedudukan sosiopolitik di Tanah Melayu.
(d) Ketegangan hubungan antara kaum Melayu dan Cina telah mendorong pemimpin-pemimpin seperti Dato’ Onn Jaafar, Dato’ E.E.C. Thuraisingham dan Datuk Tan Cheng Lock berusaha untuk meredakan ketegangan kaum dengan menubuhkan Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum (JPAK) pada tahun 1949. Jawatankuasa ini diketuai oleh Dato’ E.E.C. Thuraisingham yang bertujuan untuk menjalin hubungan yang lebih baik antara penduduk yang berbilang kaum di Tanah Melayu.
(e) Untuk mendapatkan sokongan orang bukan Melayu terutamanya orang Cina bagi membanteras komunis, kerajaan telah melancarkan kempen “Memenangi Hati dan Fikiran Rakyat” dan melonggarkan syarat-syarat untuk mendapat kerakyatan Tanah Melayu pada tahun 1952. MCA dijadikan juru bicara kaum Cina dengan kerajaan. Langkah ini membolehkan seramai 1.2 juta orang Cina dan 180 000 orang India menjadi warganegara Tanah Melayu sehingga tahun 1957. Mereka juga diberi hak untuk memiliki tanah dan menikmati kemudahan pelajaran dan kesihatan di kawasan kampong-kampung baru. Dengan cara ini, kerajaan dapat memenangi hati dan fikiran orang Cina agar menyokong kerajaan.
(f) Dasar Pelajaran Kebangsaan Tanah Melayu digubal untuk mewujudkan perpaduan dan persefahaman antara kaum Melayu, Cina dan India. Dasar Pelajaran Kebangsaan yang digubal berasaskan Penyata Pelajaran Razak 1956, menetapkan kandungan sukatan pelajaran semua jenis sekolah mestilah berteraskan hal ehwal Tanah Melayu, Bahasa Melayu dijadikan bahasa penghantar utama di semua sekolah untuk mewujudkan persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum di Tanah Melayu. Kerajaan merasakan perlunya kanak-kanak di Tanah Melayu dididik dengan ilmu pengetahuan yang boleh memupuk semangat cinta dan taat setia kepada tanah air.
(g) Penubuhan Rancangan Briggs menyebabkan wujudnya ketidakseimbangan kependudukan kaum iaitu 86% penduduknya terdiri daripada orang Cina, 9% orang Melayu dan 4% orang India. Perubahan ini telah menyebabkan orang Cina tertumpu di kawasan bandar manakala orang Melayu kekal di kampung tanpa kemudahan moden seperti di kampung baru.
Perlembagaan malaysia dalam konteks hubungan etnik di Malaysia
PENDAHULUAN
Perlembagaan ialah kumpulan peraturan dan undang-undang yang menentukan organisasi kerajaan dan pembahagian kuasa antara badan pemerintah. Menurut Profesor A. V. Dicey menyatakan perlembagaan menentukan pengagihan kuasa sesebuah negara atau masyarakat politiknya. Di negara kita, perlembagaan menjadi rujukan bagi pemerintahan negara. Perlembagaan bertujuan untuk memastikan wujudnya keamanan antara ahli masyarakat berpandukan peraturan-peraturan yang menjadi panduan kepada semua ahli masyarakat. Malaysia mengambil model Parlimen jenis Westminister daripada Perlembagaan British. Perlembagaan Perseketuan diklasifikasikan kepada perlembagaan bertulis dan perlembagaan tidak bertulis.
Perlembagaan di Malaysia bermula apabila Malayan Union dibubarkan pada
1 April 1946 setelah mendapat tentangan orang melayu, satu perjanjian baru telah ditandatangani. Seterusnya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah digubal dan dikuatkuasakan pada 1 Februari 1948. Kemudian Suruhanjaya Perlembagaan Baharu Tanah Melayu yang diketuai oleh Lord Reid dibentuk sebagai syarat mendapatkan kemerdekaan. Pada 31 Ogos 1957, Perlembagaan Persekutuan telah berkuatkuasa bersempena dengan pengisytiharan kemerdekaan. Perlembagaan Persekutuan 1957 menjadi asas pembentukan Perlembagaan Persekutuan pada 16 September 1963 dengan kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura. Perlembagaan Persekutuan telah dipinda beberapa kali sehingga tahun 1988.
Kontrak Sosial merupakan satu perjanjian di antara kaum Melayu dengan
kaum bukan Melayu di Malaysia.. Kontrak sosial adalah persetujuan yang dicapai sebelum merdeka di kalangan para pemimpin Melayu, Cina dan India dan parti-parti yang mereka wakili iaitu UMNO, MCA dan MIC. Kontrak sosial ini diwujudkan supaya masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Bagaimanapun, kontrak sosial harus dianggap sebagai satu persetujuan di kalangan masyarakat berbilang kaum, bukan hanya pemimpin atau kumpulan elit tertentu. Permuafakatan itu mendapat sokongan rakyat sebagaimana yang terbukti melalui kemenangan Perikatan dalam pilihan raya 1955. Ia telah dipersetujui oleh wakil-wakil kaum semasa pembentukan negara Malaysia dahulu dan kini merupakan sebahagian daripada perlembagaan Malaysia.
Bahagian
|
Bab
|
Perkara
|
Kandungan
|
2
|
1
|
8
|
· Kebebasan asasi
|
2
|
1
|
10
|
· Kebebasan asasi
|
4
|
2
|
38
|
· Majlis Raja-raja
|
11
|
1
|
150
|
· Menentang perbualan subversif dan kuasa darurat
|
12
|
1
|
152
|
· Bahasa kebangsaan
|
12
|
1
|
153
|
· Bahasa kebangsaan
|
Kandungan Perlembagaan Persekutuan yang Berkait dengan Hubungan Etnik
Sumber: Perlembagaan Persekutuan sehingga 10 Ogos 1995
PERKARA – PERKARA YANG MENYENTUH HUBUNGAN ETNIK DALAM PERLEMBAGAAN
Perkara 8 – Persamaan dan hak sama rata dan pengecualian peruntukan dalam
soal agama dan kedudukan istimewa orang melayu.
Menurut perkara 8, Perlembagaan Persekutuan menjamin bahawa setiap rakyat akan mendapat perlindungan undang-undang yang sama kecuali diperuntukan oleh Perlembagaan, tiada perbezaan di antara warganegara dari segi kedudukan politik, sosial, pekerjaan dan taraf ekonomi. Selain itu, rakyat yang tinggal di semua negeri dalam Persekutuan akan mendapat layanan yang sama rata dan kerajaan tidak akan mengutamakan rakyat yang tinggal di sesebuah negeri tertentu sahaja. Walaupun warganegara Malaysia mengamalkan agama, adat dan keturunan (kaum) yang berbeza, kerajaan tidak akan mengamalkan dasar pemerintahan yang berdasarkan warna kulit (Dasar Apartheid), agama, keturunan atau tempat lahir dan kaum. Dengan kata lain semua rakyat mendapat perlindungan undang-undang yang sama tanpa mengira perbezaan kaum. Begitu juga dalam perlembagaan, tiada diskriminasi terhadap perlantikan bagi apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah pihak berkuasa awam atau mana-mana pentadbiran undang-undang dalam memperolehi, memegang, melepaskan harta atau menjalankan apa-apa perniagaan/profesion. Terdapat pengecualian dalam perkara 153 yang membuat peruntukan layanan istimewa bagi orang melayu dan kaum bumiputera yang lain di sabah dan Sarawak dalam beberapa perkara sepeti pemegangan jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam, pemberian biasiswa dan pengeluaran permit serta lesen.
Perkara 10 (4) – Batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh kedudukan
raja- raja, kedudukan agama islam dan kedudukan orang melayu.
Di dalam perlembagaan juga, terdapat satu perkara yang disebutkan iaitu hak
asasi. Setiap warganegara yang sah, akan mendapat jaminan dan perlindungan dari
kerajaan. Dalam perlembagaan mengenai hak asasi, terdapat dua jenis iaitu hak ramai dan hak individu. Contohnya dalam Perkara 10, disebut, memberi hak kebebasan bercakap merupakan hak individu manakala dalam Perkara 10(2), disebut, Parlimen diberi kuasa untuk mengawal hak tersebut kerana ia merupakan hak orang ramai. Rasionalnya ialah hak kebebasan bercakap itu mungkin akan menjejaskan keselamatan orang ramai. Suruhanjaya Kebangsaan Hak Asasi Manusia telah ditubuhkan di Malaysia. Badan ini bertujuan untuk mempromosikan dan memberikan perlindungan hak asasi manusia di negara ini.
Sebuah akta yang membolehkan penahanan seseorang tanpa bicara telah diperkenalkan selepas peristiwa 13 Mei 1969 yang dikenali sebagai Akta Keselamatan Dalam Negeri. Penahanan seseorang tanpa bicara boleh dilaksanakan jika ia merupakan langkah yang terbaik demi untuk kesejahteraan dan keselamatan Malaysia. Kesalahan seperti menggugat keselamatan dan ketenteraman Negara dengan mempersoalkan kontrak sosial boleh ditahan di bawah akta ini. Namun begitu, penahanan tersebut tidak boleh dilakukan secara sesuka hati. Beberapa syarat perlu dipenuhi sebelum penahanan itu disahkan. Di antara syarat-syarat tersebut ialah:
i) Seseorang yang ditahan hendaklah diberitahu sebab-sebab dia ditahan dan berhak mengemukakan hujah-hujah menentang penahanannya itu dengan mengemukakan kenyataan melainkan kenyataan itu dianggap membahayakan kepentingan negara.
ii) Seseorang warganegara tidak boleh ditahan lebih dari 3 bulan melainkan
penahanannya telah disyorkan oleh Yang Di-Pertuan Agong oleh satu badan penasihat. Badan penasihat itu akan mendengar hujah-hujah yang dikemukakan oleh warganegara yang ditahan itu sebelum mensyorkannya.
iii) Badan tersebut haruslah terdiri daripada seorang pengerusi dan 2 orang ahli biasa. Pengerusi itu haruslah layak iaitu merupakan hakim dan perlantikan ahli badan itu dibuat oleh Yang Di-Pertuan Agong.Perbicaraan bagi pesalah ini berlainan kerana perbicaraan adalah jenis tertutup.
Dalam perkara 10 juga, menyatakan mengenai batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh kedudukan raja, Islam, orang melayu dan sebagainya. Agama Islam menjadi agama rasmi negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan hasil daripada persetujuan dan semangat muafakat yang ada pada pimpinan semua bangsa. Agama Islam diiktiraf dalam perlembagaan Malaysia dan diberikan kedudukan yang signifikan. Apa yang penting ialah cara bagaimana ia diberikan penafsiran agar Islam itu dilihat sebagai komprehensif, dinamik dan bersepadu. Perlembagaan Malaysia juga memperuntukkan DYMM Seri Paduka Baginda Yang dipertuan Agung (YDPA) sebagai Ketua Agama Islam Negara Malaysia. Hal ini sudah tentu menjamin kedaulatan agama Islam sebagai agama rasmi negara. Selain itu para sultan di negeri-negeri pula merupakan ketua agama di negeri masing-masing. Perlembagaan juga memperuntukkan bahawa badan-badan perundangan negeri boleh menggubal sebarang undang-udang di bawah semangat perlembagaan.
Dalam Perlembagaan Malaysia, kebebasan beragama diberikan sepenuhnya kepada setiap warganegara. Setiap warganegara bebas untuk menganut dan mengamalkan agamanya dan menyebarkannya. Walau bagaimanapun, pendakyahan sebarang kepercayaan dan doktrin agama kepada individu Islam adalah tidak dibenarkan. Tiada seorang pun boleh disuruh untuk membayar apa jua bentuk cukai untuk tujuan agamanya kecuali untuk agamanya sendiri. Setiap kelompok agama mempunyai hak untuk mengurus hal ehwal agamanya dan mewujudkan institusi untuk tujuan keagamaan, kebajikan, memperoleh dan memiliki serta menguruskannya mengikut undang-undang. Dalam hal ini, diskriminasi tidak dibenarkan terhadap mana-mana warganegara atas dasar agama, bangsa, keturunan dan tempat kelahiran. Setiap kelompok agama mempunyai hak untuk menubuhkan institusi untuk tujuan pendidikan di dalam agamanya sendiri. Pengingkaran terhadap perlembagaan dianggap sebagai satu pencabulan terhadap kedaulatan undang-undang negara Malaysia.
Walaupun Perlembagaan Malaysia dalam perkara 10 menyatakan bahawa setiap orang mempunyai hak kebebasan untuk bercakap, Islam tidak boleh digantung atau dimansuhkan sama ada melalui pindaan biasa ataupun melalui darurat Islam juga tidak boleh dibincangkan secara sewenang-wenangnya. Hal ini dapat ditunjukkan dalam perkara 9 dan 10 yang menyatakan bahawa apa-apa jenis sekatan boleh dikenakan kepada hak untuk mewujudkan perkumpulan atau hak bersuara sekiranya ia penting dari segi kententeraman dan keselamatan negeri.
Kebebasan beragama yang diamalkan oleh orang Islam di Malaysia merupakan kewajipan dan ajaran yang telah ditentukan oleh agama Islam itu sendiri. Islam mengiktiraf kebebasan beragama dan tiada paksaan dalam anutan apa-apa agama.
Setiap individu mempunyai hak mempercayai dan mengamalkan sistem kepercayaaan masing-masing.
Thursday, 18 September 2014
Sejarah Kemasukan Islam Ke Borneo
SABAH
Islam telah bertapak di Negeri Sabah sejak abad ke 13M lagi iaitu di bawah kesultanan Brunei. Wilayah kesultanan Brunei bermula di Tanon Salamangayao iaitu yang berhampiran dengan bandar Kota Marudu
sekarang. Lebih jelas lagi dengan teijumpanya manuskrip dalam bahasa Idahan di Lahad Datu yang tertulis di dalam tulisan jawi bertarikh 1408M. Manuskrip tersebut ditulis oleh orang tempatan yang menggambarkan bahawa penulisnya adalah seorang yang arif di dalam selok-belok agama Islam.
Oleh itu, tidak hairanlah ketika orang-orang Barat menemui Borneo, didapati di sana telah ramai penganut Islam yang terdiri dari Kaum Sungai. Pengaruh Islam begitu kuat bertapak di dalam hati masyarakat Islam di Sabah sehingga apabila penjajah Inggeris datang ke Sabah pada tahun 1774M, ia telah ditentang hebat oleh penduduk tempatan dengan kekuatan iman di dada dan senjata. Penjajah Inggeris telah berhadapan dengan siri penentangan bersenjata yang berpanjangan oleh Mat Salleh bermula tahun 1894 hingga 1920an.
Islam telah bertapak di Negeri Sabah sejak abad ke 13M lagi iaitu di bawah kesultanan Brunei. Wilayah kesultanan Brunei bermula di Tanon Salamangayao iaitu yang berhampiran dengan bandar Kota Marudu
sekarang. Lebih jelas lagi dengan teijumpanya manuskrip dalam bahasa Idahan di Lahad Datu yang tertulis di dalam tulisan jawi bertarikh 1408M. Manuskrip tersebut ditulis oleh orang tempatan yang menggambarkan bahawa penulisnya adalah seorang yang arif di dalam selok-belok agama Islam.
Oleh itu, tidak hairanlah ketika orang-orang Barat menemui Borneo, didapati di sana telah ramai penganut Islam yang terdiri dari Kaum Sungai. Pengaruh Islam begitu kuat bertapak di dalam hati masyarakat Islam di Sabah sehingga apabila penjajah Inggeris datang ke Sabah pada tahun 1774M, ia telah ditentang hebat oleh penduduk tempatan dengan kekuatan iman di dada dan senjata. Penjajah Inggeris telah berhadapan dengan siri penentangan bersenjata yang berpanjangan oleh Mat Salleh bermula tahun 1894 hingga 1920an.
Kedatangan Islam ke Brunei di sekitar 1514M atau lebih awal dari tarikh itu, memberi kesan perkembangan Islam ke Sabah, khususnya masyarakat di sekitar Pantai Barat. Penerimaan Islam di kalangan Istana Brunei disebut di dalam Salasilah Raja-Raja Brunei bahawa Awang Khalak Betatar, raja yang pertama yang memerintah Brunei telah memeluk Islam dengan menukar namanya kepada Sultan Muhammad dan baginda adalah raja yang pertama menganut agama Islam yang membawa agama itu ke Brunei.
Ketika zaman pemerintahan USNO di Sabah. Kegiatan dakwah giat dijalankan. Pengislaman beramai-ramai dijalankan secara aktif. Pemimpin politik mengambil bahagian dalam menjalankan dakwah mengembangkan
Islam.Pengislaman yang dirancang bertujuan untuk meramaikan umat islam agar menjadi majoriti dan perjuangan terhadap Islam sebagai agama rasmi di Sabah dapat dilaksanakan. Selepas daripada itu ialah pemerintahan di zaman BERJAYA. Kegiatan pengislaman diteruskan tetapi dalam suasana yang kurang aktif, tidak seperti di zaman USNO.
SARAWAK
1476M
- Kemasukan Islam di Sarawak berkait rapat dengan perkembangan Islam di Brunei.
- Zaman Kegemilangan Kesultanan Brunei, Sarawak adalah sebahagian dari tanah jajahan takhluk Brunei.
- Pengislaman Awang Khalak Betatar di negeri Johor yang berketurunan dari suku Bisayah , Limbang menandakan bermulanya perkembangan Islam di Sarawak
1599M
- Pertabalan Sultan Tengah sebagai Sultan Sarawak Daru Hana dianggap sebagai detik rasmi bertapaknya Islam di Sarawak.
- Para Sharif berketurunan Arab telah di lantik sebagai wakil Sultan Brunei ketiga iaitu Sultan Ali Bilfalih bagi menjalankan pemerintahan di beberapa buah wilayah naungan Kesultanan Melayu Brunei di Sarawak, contohnya Sharif Ja’afar di Lingga, Sharif Maulana di Kalaka Sharif Shabudin dan Sharif Shahab di Sadong
1841M
- Sarawak (Kuching) telah diserahkan sepenuhnya kepada James Brooke pada 24 September 1841 akibat daripada pertelingkahan kuasa dalam Kesultanan Melayu Brunei
- Kelemahan pemerintahan pusat Brunei telah menyebabkan perluasan kuasa oleh keluarga Brooke bermula dengan Kuala Samarahan (1846), Sadong, Lingga, Skrang, Saribas dan Simanggang (1953), Rajang hingga ke Bintulu (1861, Miri dan Baram (1883), Lawas (1885) dan Limbang (1890)
1852M-1886M
- Jawatan dan gelaran para pembesar Melayu seperti Datu Patinggi, Datu Bandar, Datu Temenggong, Datu Hakim dan Datu Imam diwujudkan semula oleh keluarga Brooke bagi memenangi hati umat islam.
- Fungsi-fungsi jawatan dan gelaran tersebut dikawal dan dihadkan oleh Brooke.
- Pemerintahan Brooke bukan sekadar menguasai pemerintahan, namun beliau juga mencampuri urusan perundangan agama umat Islam.
1870M
- Brooke telah menubuhkan Native Mohammaden Probate and Divorce Court bagi menyelesaikan masalah perkahwinan, perceraian dan kematian untuk umat Islam Sarawak.
1915M
- Undang-undang bertulis untuk mentadbir orang Islam Sarawak dikuatkuasakan yang dinamakan sebagai Undang-Undang Mahkamah Melayu Sarawak (UMMS).
- Undang-undang tersebut mengutamakan perkara-perkara seperti pertunangan, perkahwinan, perceraian dan salah laku seksual di kalangan orang Melayu.
1932M-1956M
- UMMS telah dipinda untuk meluaskan peranan bagi bergerak ke arah penerimaan Islam secara meluas dimana jawatan Musfti telah diwujudkan pada tahun 1941M.
1945M
- Selepas kekalahan pihak Jepun dalam Perang Dunia Kedua, Vyner Brooke telah mengambil keputusan untuk menyerahkan Sarawak kepada British atas tekanan daripada Kerajaan British.
- Agama Islam tidak mengalami perkembangan seperti yang diharapkan di bawah pemerintahan British
1954M-1955M
- Penubuhan Majlis Islam dan Adat Istiadat Melayu Sarawak dibawah Majlis Islam In-Corporation Ordinance, 1954.
- Namun begitu majlis ini masih juga tidak mendapat peruntukan daripada pihak British dan disamping majlis tersebut juga mempunyai tenaga kerja yang sedikit dan sumber kewangan yang sangat sedikit.
Sunday, 14 September 2014
Kesan Semangat Perpaduan Di Sabah
kerajaan berusaha untuk
menyatukan hubungan etnik, perpaduan dan integrasi amat penting bagi mewujudkan
kestabilan politik dan seterusnya pembangunan negara berjalan dengat lancar tanpa
sebarang gangguan ataupun berlakunya salah faham antara kaum. Selaras dengan harapan pemimpin
negara untuk mencapai negara maju menjelang 2020.Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan etnik, perkara
ini dianggap penting kerana kemajuan sesebuah negara adalah bergantung kepada
perpaduan rakyat di negara .
Antara kesan semangat perpaduan di sabah ialah pembangunan tanah secara berkelompok
atau menggunakan pendekatan agropolitan akan dilaksanakan untuk pembangunan
pertanian kepada masyarakat bumiputera Sabah dan Sarawak.
Pemberian tanah ini untuk golongan ini akan membolehkan mereka memajukan dengan
bantuan kerajaan. Di samping itu mereka turut diberi akses yang lebih baik
kepada infrastruktur dan kemudahan awam seperti jalan, pendidikan dan
kemahiran. Kerajaan tidak mahu ada golongan atau kumpulan yang tertinggal dalam
pelaksanaan RMK 10 kerana keadilan sosial perlu diutamakan. Pemberian tanah
serta usaha memajukan pertanian secara berkelompok membolehkan mereka
menikmati pendapatan yang lebih lumayan.
Pihak kerajan juga menyediakan Klinik 1Malaysia bagi memberi rawatan kepada masyarakat. Klinik 1Malaysia juga menyediakan ruang menunggu yang selesa kepada pesakit yang ingin menerima rawat seperti tempat duduk yang selesa. Klinik 1Malaysia juga ada d setiap daerah nrgeri Sabah. Klinik 1Malaysia juga ada di kawasan pedalam bagi memudahkan penduduk luar bandar menerima rawatan. Selain itu, satu daripada penanda aras atau indikator negara maju ialah penjagaan
dan perkhidmatan kesihatan yang lengkap di samping rakyatnya sihat dan cerdas.
Penyediaan kemudahan kesihatan yang menyeluruh serta bertaraf dunia telah lama
dilaksanakan oleh kerajaan.
Pihak kerajaan juga menyediakan dan membina sekolah-sekolah seperti sekolah jenis kebangsaan cina , sekolah kebangsaan serta sekolah menengah bagi tujuan memberikan pendidikan kepada anak-anak di negeri bawah bayu. Dengan adanya sekolah ini, anak-anak di sabah dapat meninba ilmu untuk masa depan mereka kerana mereka bakal pemimpin negara.
Dalam bidang sosial dan kebudayaan amalan
pengkongsian pelbagai kaum dan etnik telah dilakukan semenjak merdeka lagi
terutama dalam bidang pendidikan .Kurikulum pendidikan juga telah diubahsuai
bagi pengenalan kepada unsur budaya pelbagai kaum dan etnik yang terdapat di
Negara kita. Pengiktirafan kerajaan terhadap kepentingan pendidikan yang
berteraskan agama juga tidak ketinggalan dalam perancangan RMK10. Bantuan
merupa dana tahunan disediakan untuk sekolah-sekolah agama, sekolah jenis
kebangsaan Cina dan Tamil juga kepada sekolah mubaligh . Ia adalah bertujuan
memupuk hubungan antara kaum dan etnik, supaya kaum-kaum lain yang terdapat di
Negara kita tidak terasa dipinggirkan oleh kerajaan.
Sikap tolak ansur di negeri ini juga membawa kepada perpaduan negara. Adanya sikap tolak ansur dalam budaya menambahkan kemesraan antara kaun dan etnik di negeri ini. Bahasa melayu sebagai bahasa pengantar dan setiap kaum masih bebas bertutur dalam bahasa ibunda masing-masing.
Saturday, 13 September 2014
Bincangkan tokoh-tokoh pejuang di sabah. Tokoh-tokoh pejuang di Sabah MAT SALLEH (MS) *Mat Salleh merupakan seorang pemimpin kaum Iranom,Bajau dan Sulu. *Mat Salleh bangkit menetang Syarikat Berpiagam Borneo Utara kerana pengernaan cukai,pembangunan baser-besaran,perluasan kuasa & penganiayaan Inggeris terhadap Mat Salleh. *MatSalleh menyerang & memusnahkan pelabuhan Syarikat Berpiagam Borneo Utara di Pulau Gaya pada 1897. *Mat Salleh membina kubu di Ranau & menyerang Ambong. *Pihak Syarikat Berpiagam Borneo Utara mem,buat serangan balas terhadap Mat Salleh tetapi mereka gagal &mengunakan helad perdamaian untuk perangkap Mat Salleh. *Mat Salleh telah ditipu dengan diberikan hak mentadbor Tambunan tapi telah dikepung oleh pihak Syarikat Berpiagam Borneo Utara. *Akhirnya Mat Salleh terbunuh dalm satu serangan pada Januari 1900. ANTANUM *Beliau merupakan pemimpin bagi Kaum Murut . *Antanum telah lancarkan penentangan terhadap Syarikat Berpiagam Borneo Utara. *Penetangan ini dikenali sebagai Kebangkitan Rundum. *Punca penentangan ialah penindasan Syarikat Berpiagam Borneo Utara ke atas orang Murut seperti sekatan amalam pertanian pinda.membina jalan raya di kawasan mereka & menjadikan meraka hamba tanpa membayar upah. *1915-Antanum serang & bakar Pensiangan serta menyarang Rundum. *Antnum bina kubu di sungai Selangit tapi telah diserang oleh pihak Syarikat Berpiagam Borneo Utara dan Antanum telsh terbunuh.
Bincangkan tokoh-tokoh pejuang di sabah.
Tokoh-tokoh pejuang di Sabah
MAT SALLEH (MS)

*Mat Salleh merupakan seorang pemimpin kaum Iranom,Bajau dan Sulu.
*Mat Salleh bangkit menetang Syarikat Berpiagam Borneo Utara kerana pengernaan cukai,pembangunan baser-besaran,perluasan kuasa & penganiayaan Inggeris terhadap Mat Salleh.
*MatSalleh menyerang & memusnahkan pelabuhan Syarikat Berpiagam Borneo Utara di Pulau Gaya pada 1897.
*Mat Salleh membina kubu di Ranau & menyerang Ambong.
*Pihak Syarikat Berpiagam Borneo Utara mem,buat serangan balas terhadap Mat Salleh tetapi mereka gagal &mengunakan helad perdamaian untuk perangkap Mat Salleh.
*Mat Salleh telah ditipu dengan diberikan hak mentadbor Tambunan tapi telah dikepung oleh pihak Syarikat Berpiagam Borneo Utara.
*Akhirnya Mat Salleh terbunuh dalm satu serangan pada Januari 1900.
ANTANUM

*Beliau merupakan pemimpin bagi Kaum Murut .
*Antanum telah lancarkan penentangan terhadap Syarikat Berpiagam Borneo Utara.
*Penetangan ini dikenali sebagai Kebangkitan Rundum.
*Punca penentangan ialah penindasan Syarikat Berpiagam Borneo Utara ke atas orang Murut seperti sekatan amalam pertanian pinda.membina jalan raya di kawasan mereka & menjadikan meraka hamba tanpa membayar upah.
*1915-Antanum serang & bakar Pensiangan serta menyarang Rundum.
*Antnum bina kubu di sungai Selangit tapi telah diserang oleh pihak Syarikat Berpiagam Borneo Utara dan Antanum telah terbunuh.
disediakan oleh ,
caroline
Tokoh-tokoh pejuang di Sabah
MAT SALLEH (MS)

*Mat Salleh merupakan seorang pemimpin kaum Iranom,Bajau dan Sulu.
*Mat Salleh bangkit menetang Syarikat Berpiagam Borneo Utara kerana pengernaan cukai,pembangunan baser-besaran,perluasan kuasa & penganiayaan Inggeris terhadap Mat Salleh.
*MatSalleh menyerang & memusnahkan pelabuhan Syarikat Berpiagam Borneo Utara di Pulau Gaya pada 1897.
*Mat Salleh membina kubu di Ranau & menyerang Ambong.
*Pihak Syarikat Berpiagam Borneo Utara mem,buat serangan balas terhadap Mat Salleh tetapi mereka gagal &mengunakan helad perdamaian untuk perangkap Mat Salleh.
*Mat Salleh telah ditipu dengan diberikan hak mentadbor Tambunan tapi telah dikepung oleh pihak Syarikat Berpiagam Borneo Utara.
*Akhirnya Mat Salleh terbunuh dalm satu serangan pada Januari 1900.
ANTANUM

*Beliau merupakan pemimpin bagi Kaum Murut .
*Antanum telah lancarkan penentangan terhadap Syarikat Berpiagam Borneo Utara.
*Penetangan ini dikenali sebagai Kebangkitan Rundum.
*Punca penentangan ialah penindasan Syarikat Berpiagam Borneo Utara ke atas orang Murut seperti sekatan amalam pertanian pinda.membina jalan raya di kawasan mereka & menjadikan meraka hamba tanpa membayar upah.
*1915-Antanum serang & bakar Pensiangan serta menyarang Rundum.
*Antnum bina kubu di sungai Selangit tapi telah diserang oleh pihak Syarikat Berpiagam Borneo Utara dan Antanum telah terbunuh.
disediakan oleh ,
caroline
Subscribe to:
Posts (Atom)