Sunday, 14 September 2014

Kesan Semangat Perpaduan Di Sabah


 kerajaan berusaha untuk menyatukan hubungan etnik, perpaduan dan integrasi amat penting bagi mewujudkan kestabilan politik dan seterusnya pembangunan negara berjalan dengat lancar tanpa sebarang gangguan ataupun berlakunya salah faham antara kaum. Selaras dengan harapan pemimpin negara untuk mencapai negara maju menjelang 2020.Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan etnik, perkara ini dianggap penting kerana kemajuan sesebuah negara adalah bergantung kepada perpaduan rakyat di negara . 
Antara kesan semangat perpaduan di sabah ialah pembangunan tanah secara berkelompok atau menggunakan pendekatan agropolitan akan dilaksanakan untuk pembangunan pertanian kepada masyarakat  bumiputera Sabah dan Sarawak. Pemberian tanah ini untuk golongan ini akan membolehkan mereka memajukan dengan bantuan kerajaan. Di samping itu mereka turut diberi akses yang lebih baik kepada infrastruktur  dan kemudahan awam seperti jalan, pendidikan dan kemahiran. Kerajaan tidak mahu ada golongan atau kumpulan yang tertinggal dalam pelaksanaan RMK 10 kerana keadilan sosial perlu diutamakan. Pemberian tanah serta usaha memajukan pertanian secara berkelompok  membolehkan mereka menikmati pendapatan yang lebih lumayan.

Pihak kerajan juga menyediakan Klinik 1Malaysia bagi memberi rawatan kepada masyarakat. Klinik 1Malaysia juga menyediakan ruang menunggu yang selesa kepada pesakit yang ingin menerima rawat seperti tempat duduk yang selesa. Klinik 1Malaysia juga ada d setiap daerah nrgeri Sabah. Klinik 1Malaysia juga ada di kawasan pedalam bagi memudahkan penduduk luar bandar menerima rawatan. Selain itu, satu daripada penanda aras atau indikator negara maju ialah penjagaan dan perkhidmatan kesihatan yang lengkap di samping rakyatnya sihat dan cerdas. Penyediaan kemudahan kesihatan yang menyeluruh serta bertaraf dunia telah lama dilaksanakan oleh kerajaan.


Pihak kerajaan juga menyediakan dan membina sekolah-sekolah seperti sekolah jenis kebangsaan cina , sekolah kebangsaan serta sekolah menengah bagi tujuan memberikan pendidikan kepada anak-anak di negeri bawah bayu. Dengan adanya sekolah ini, anak-anak di sabah dapat meninba ilmu untuk masa depan mereka kerana mereka bakal pemimpin negara.

  Dalam bidang sosial dan kebudayaan amalan pengkongsian pelbagai kaum dan etnik telah dilakukan semenjak merdeka lagi terutama dalam bidang pendidikan .Kurikulum pendidikan juga telah diubahsuai bagi pengenalan kepada unsur budaya pelbagai kaum dan etnik yang terdapat di Negara kita. Pengiktirafan kerajaan terhadap kepentingan pendidikan yang berteraskan agama juga tidak ketinggalan dalam perancangan RMK10. Bantuan merupa dana tahunan disediakan untuk sekolah-sekolah agama, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil juga kepada sekolah mubaligh . Ia adalah bertujuan memupuk hubungan antara kaum dan etnik, supaya kaum-kaum lain yang terdapat di Negara kita tidak terasa dipinggirkan oleh kerajaan. 

Sikap tolak ansur di negeri ini juga membawa kepada perpaduan negara. Adanya sikap tolak ansur dalam budaya menambahkan kemesraan antara kaun dan etnik di negeri ini. Bahasa melayu sebagai bahasa pengantar dan setiap kaum masih bebas bertutur dalam bahasa ibunda masing-masing.







No comments:

Post a Comment