Thursday, 18 September 2014

Sejarah Kemasukan Islam Ke Borneo

SABAH

  Islam telah bertapak di Negeri Sabah sejak abad ke 13M lagi iaitu di bawah  kesultanan Brunei. Wilayah kesultanan Brunei bermula di Tanon  Salamangayao iaitu yang berhampiran dengan bandar Kota Marudu
sekarang. Lebih jelas lagi dengan teijumpanya manuskrip dalam bahasa Idahan di Lahad Datu yang tertulis di dalam tulisan jawi bertarikh 1408M. Manuskrip tersebut ditulis oleh orang tempatan yang menggambarkan bahawa penulisnya adalah seorang yang arif di dalam selok-belok agama Islam.

 Oleh itu, tidak hairanlah ketika orang-orang Barat menemui Borneo, didapati di sana telah ramai penganut Islam yang terdiri dari Kaum Sungai. Pengaruh Islam begitu kuat bertapak di dalam hati masyarakat Islam di Sabah sehingga apabila penjajah Inggeris datang ke Sabah pada tahun 1774M, ia telah ditentang hebat oleh penduduk tempatan dengan kekuatan iman di dada dan senjata. Penjajah Inggeris telah berhadapan dengan siri penentangan bersenjata yang berpanjangan oleh Mat Salleh bermula tahun 1894 hingga 1920an.

Kedatangan Islam ke Brunei di sekitar 1514M atau lebih awal dari tarikh itu, memberi kesan perkembangan Islam ke Sabah, khususnya masyarakat di sekitar Pantai Barat. Penerimaan Islam di kalangan Istana Brunei disebut di dalam Salasilah Raja-Raja Brunei bahawa Awang Khalak Betatar, raja yang pertama yang memerintah Brunei telah memeluk Islam dengan menukar namanya kepada Sultan Muhammad dan baginda adalah raja yang pertama menganut agama Islam yang membawa agama itu ke Brunei.


Ketika zaman pemerintahan USNO di Sabah. Kegiatan dakwah giat dijalankan. Pengislaman beramai-ramai dijalankan secara aktif. Pemimpin politik mengambil bahagian dalam menjalankan dakwah mengembangkan 
Islam.Pengislaman yang dirancang bertujuan untuk meramaikan umat islam agar menjadi majoriti dan perjuangan terhadap Islam sebagai agama rasmi di Sabah dapat dilaksanakan. Selepas daripada itu ialah pemerintahan di zaman BERJAYA. Kegiatan pengislaman diteruskan tetapi dalam suasana yang kurang aktif, tidak seperti di zaman USNO.

SARAWAK

1476M
  • Kemasukan Islam di Sarawak berkait rapat dengan perkembangan Islam di Brunei.
  • Zaman Kegemilangan Kesultanan Brunei, Sarawak adalah sebahagian dari tanah jajahan takhluk Brunei.
  • Pengislaman Awang Khalak Betatar di negeri Johor yang berketurunan dari suku Bisayah , Limbang menandakan bermulanya perkembangan Islam di Sarawak

1599M
  • Pertabalan Sultan Tengah sebagai Sultan Sarawak Daru Hana dianggap sebagai detik rasmi bertapaknya Islam di Sarawak.
  • Para Sharif berketurunan Arab telah di lantik sebagai wakil Sultan Brunei ketiga iaitu Sultan Ali Bilfalih bagi menjalankan pemerintahan di beberapa buah wilayah naungan Kesultanan Melayu Brunei di Sarawak, contohnya Sharif Ja’afar di Lingga, Sharif Maulana di Kalaka Sharif Shabudin dan Sharif Shahab di Sadong

1841M
  • Sarawak (Kuching) telah diserahkan sepenuhnya kepada James Brooke pada 24 September 1841 akibat daripada pertelingkahan kuasa dalam Kesultanan Melayu Brunei
  • Kelemahan pemerintahan pusat Brunei telah menyebabkan perluasan kuasa oleh keluarga Brooke bermula dengan Kuala Samarahan (1846), Sadong, Lingga, Skrang, Saribas dan Simanggang (1953), Rajang hingga ke Bintulu (1861, Miri dan Baram (1883), Lawas (1885) dan Limbang (1890)

1852M-1886M
  • Jawatan dan gelaran para pembesar Melayu seperti Datu Patinggi, Datu Bandar, Datu Temenggong, Datu Hakim dan Datu Imam diwujudkan semula oleh keluarga Brooke bagi memenangi hati umat islam.
  • Fungsi-fungsi jawatan dan gelaran tersebut dikawal dan dihadkan oleh Brooke.
  • Pemerintahan Brooke bukan sekadar menguasai pemerintahan, namun beliau juga mencampuri urusan perundangan agama umat Islam.

1870M
  • Brooke telah menubuhkan Native Mohammaden Probate and Divorce Court  bagi menyelesaikan masalah perkahwinan, perceraian dan kematian untuk umat Islam Sarawak.

1915M
  • Undang-undang bertulis untuk mentadbir orang Islam Sarawak dikuatkuasakan yang dinamakan sebagai Undang-Undang Mahkamah Melayu Sarawak (UMMS).
  • Undang-undang tersebut mengutamakan perkara-perkara seperti pertunangan, perkahwinan, perceraian dan salah laku seksual di kalangan orang Melayu.



1932M-1956M
  • UMMS telah dipinda untuk meluaskan peranan bagi bergerak ke arah penerimaan Islam secara meluas dimana jawatan Musfti telah diwujudkan pada tahun 1941M.

1945M
  • Selepas kekalahan pihak Jepun dalam Perang Dunia Kedua, Vyner Brooke telah mengambil keputusan untuk menyerahkan Sarawak kepada British atas tekanan daripada Kerajaan British.
  • Agama Islam tidak mengalami perkembangan seperti yang diharapkan di bawah pemerintahan British

1954M-1955M
  • Penubuhan Majlis Islam dan Adat Istiadat Melayu Sarawak dibawah Majlis Islam In-Corporation Ordinance, 1954.
  • Namun begitu majlis ini masih juga tidak mendapat peruntukan daripada pihak British dan disamping majlis tersebut juga mempunyai tenaga kerja yang sedikit dan sumber kewangan yang sangat sedikit.

No comments:

Post a Comment